Kehadiran 30,000 pengunjung bukti semangat patriotik rakyat Negeri Sembilan

KewanganAug 31, 2026 IDOPRESS

Foto BERNAMA

SEREMBAN,31 Ogos – Keadaan cuaca baik dan bacaan jerebu yang terkawal membolehkan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Sembilan berlangsung lancar dengan kira-kira 30,000 pengunjung hadir memeriahkan sambutan di kawasan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) hari ini.

RINGKASAN BERITA AI

Sementara itu,Menteri Besar Negeri Sembilan,Datuk Ismail Lasim berkata keadaan cuaca yang baik dan bacaan jerebu yang terkawal membolehkan sambutan berlangsung seperti dirancang,selain kehadiran menggalakkan orang ramai menjadi manifestasi semangat dan kecintaan rakyat terhadap negara.

“Alhamdulillah,pagi ini kita telah dapat melangsungkan sambutan dengan jayanya. Kehadiran itu sendiri sudah cukup untuk kita menyatakan bahawa mereka bersemangat bersama-sama meraikan Hari Kebangsaan negara kita.

“Bacaan jerebu pun terkawal dan cuaca juga tidak hujan,” katanya.

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi