Lubnan dalam usaha tamatkan perang dengan Israel

DanaApr 13, 2026 IDOPRESS

Lubnan sedang dalam usaha untuk menghentikan perang dengan Israel. /Foto AFP

ISTANBUL,13 April – Perdana Menteri Lubnan Nawaf Salam pada Ahad berkata kerajaannya sedang berusaha menamatkan perang Israel ke atas Lubnan dan memastikan pengunduran Israel,lapor Anadolu Ajansi (AA).

RINGKASAN BERITA AI

“Perlindungannya,seperti perlindungan seluruh Lubnan,hanya boleh dicapai menerusi sebuah negara yang tunggal,kuat dan adil,” tegas Perdana Menteri itu.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Sabtu berkata Israel akan meningkatkan operasi di Lubnan dan tidak akan bersetuju untuk berunding melainkan Hizbullah dilucutkan senjata serta satu perjanjian damai yang berkekalan untuk beberapa generasi dicapai.

Peningkatan ketegangan itu berlaku ketika presiden Lubnan pada Jumaat berkata Beirut dan Israel bersetuju mengadakan pertemuan pertama mereka di Washington pada 14 April,satu langkah yang dikecam Hizbullah. -BERNAMA-ANADOLU

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi