
Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara,Datuk Haslina Abdul Hamid / RTM
KUALA LUMPUR,17 April– Sebanyak 255 koleksi Jabatan Muzium Malaysia yang merangkumi koleksi etnologi dan alam semula jadi kini boleh dicapai secara digital dan interaktif melalui inisiatif transformasi teknologi oleh Kementerian Perpaduan Negara.
RINGKASAN BERITA AI
−
Jelasnya,langkah itu penting dalam memperluas akses masyarakat terhadap ilmu,selain memperkukuhkan pemahaman terhadap sejarah dan budaya negara,terutama bagi generasi muda yang lebih cenderung menggunakan teknologi untuk mendapatkan maklumat.
Beliau turut berharap agar usaha pendigitalan tersebut akan terus diperkukuh melalui penambahbaikan yang konsisten supaya institusi muzium kekal relevan sebagai pusat ilmu berwibawa dan rujukan utama dalam memelihara warisan negara.