Surcaj feri penumpang, RORO berkuatkuasa 20 April

DanaApr 17, 2026 IDOPRESS

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,17 April – Kerajaan bersetuju melaksanakan pengenaan surcaj bahan bakar bunker secara bersasar bagi perkhidmatan feri penumpang dan feri roll-on roll-off (RORO) sebagai langkah mitigasi sementara bagi menangani peningkatan kos operasi perkhidmatan feri.

RINGKASAN BERITA AI

Selain itu,Kerajaan turut memperkenalkan struktur kadar surcaj berperingkat berdasarkan julat harga minyak global.

Ia bermula daripada kosong (0) peratus bagi harga sehingga RM4.00 seliter,dan meningkat secara berperingkat sehingga maksimum 18 peratus apabila harga melebihi RM8.00 seliter.

Langkah itu bertujuan memastikan pelaksanaan telus serta responsif terhadap turun naik harga minyak,di samping mengawal impak terhadap pengguna dan inflasi.

“Kadar surcaj akan disemak setiap bulan bagi memastikan ia kekal relevan dengan keadaan semasa,termasuk kedudukan subsidi kerajaan dan impak sebenar kepada pengguna.

“Kerajaan memberi jaminan bahawa surcaj ini bukan bertujuan meningkatkan keuntungan pengendali,sebaliknya sebagai langkah sementara bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan feri tanpa gangguan,” tambah kenyataan itu.

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi