LAE tawar 100,000 peluang pekerjaan menjelang 2030 – Tze Tzin

DanaSep 3, 2026 IDOPRESS

Timbalan Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Sim Tze Tzin – Foto RTM

KUALA LUMPUR,3 Sept – Ekonomi Altitud Rendah (LAE) dijangka membuka 100,000 peluang pekerjaan berkemahiran dan bernilai tinggi menjelang 2030.

RINGKASAN BERITA AI

“Dalam memastikan Malaysia dapat bergerak seiring negara-negara maju,negara kita perlu menguasai dan menerajui teknologi dan fokus kepada pasaran khusus atau ‘niche‘ seperti sektor pertanian,perladangan dalam mengangkat ekonomi LAE ke persada dunia,” tambahnya.

Tze Tzin turut memaklumkan,MITI dan Perbadanan Industri Aeroangkasa Kebangsaan (NAICO) Malaysia akan memulakan fasa pertama dalam LAE menerusi projek rintis Ekosistem Lembah Tanpa Pemandu (Unmanned Valley Ecosystem).

Menerusi projek itu,pelbagai eksperimen akan dijalankan terutama di kawasan universiti untuk melihat kepesatan penggunaan dron dalam kalangan pelajar.

Dalam pada itu,beliau berkata,sudut keselamatan dan peraturan dalam penggunaan dron harus dititikberatkan bagi melancarkan segala bentuk proses.

LAE adalah satu ekonomi di bawah 1,000 kaki yang mengimplementasi kegunaan pesawat tanpa pemandu atau dron sebagai sumber perkhidmatan utama yang di kategorikan sebagai kaedah teksi udara atau ‘air taxi’.


KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi