Wabak Ebola Congo ragut lebih 3,000 nyawa – WHO

MelaburSep 3, 2026 IDOPRESS

Pandangan dron menunjukkan tanah perkuburan pesakit Ebola di wilayah Ituri / Foto REUTERS

KINSHASA,3 September – Angka kematian akibat wabak Ebola yang sedang melanda Republik Demokratik Congo (DRC) kini melebihi 3,000 orang,dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran masih wujud rantaian jangkitan yang belum dikesan.

RINGKASAN BERITA AI

Ketua Pengarah WHO,Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata,wabak Ebola kali ini merebak lebih pantas berbanding mana-mana wabak Ebola sebelum ini di DRC.

Beliau berkata,masih terdapat rantaian jangkitan yang belum dikenal pasti,termasuk kematian membabitkan individu yang tidak tersenarai sebagai kontak rapat pesakit.

“Selagi setiap rantaian jangkitan belum dikenal pasti dan diputuskan,wabak ini akan terus merebak,” katanya pada sidang media pada Rabu.

Dalam taklimat dalam talian pada Selasa,Timbalan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bagi Hal Ehwal Kemanusiaan,Tom Fletcher berkata,penularan virus itu masih lebih pantas berbanding usaha tindak balas yang dipertingkatkan.

Beliau menggesa usaha menangani wabak dipertingkatkan dengan segera bagi mengelakkan lebih banyak kematian dan mengawal ancaman penularan.

Fletcher turut mendedahkan lebih 40 petugas kesihatan maut akibat Ebola ketika membantu menangani wabak berkenaan.

Pusat rawatan dan ambulans turut menjadi sasaran serangan,sekali gus menjejaskan usaha pasukan perubatan untuk memberikan rawatan kepada pesakit.

Wabak semasa yang diisytiharkan pada Mei lalu kini menjadi wabak Ebola terbesar dan paling dahsyat pernah direkodkan di DRC.

Ia juga merupakan wabak Ebola kedua terbesar di dunia selepas wabak yang melanda Afrika Barat antara 2014 hingga 2016. – REUTERS

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi