Gaji pekerja digital di Malaysia diunjur tumbuh stabil

PasaranDec 4, 2024 IDOPRESS

Woon Tai Hai

SELANGOR,4 Disember- Gaji pekerja digital di Malaysia dijangka tumbuh stabil pada kadar 7.19 peratus tahun ini,diikuti dengan 7.12 peratus pada 2025,menurut Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia (PIKOM).

Pengerusi Jawatankuasa Penyelidikannya,Woon Tai Hai memaklumkan pertumbuhan itu didorong oleh peningkatan permintaan terhadap bakat mahir dalam bidang kecerdasan buatan,sains data,dan pengkomputeran awan.

Trend tersebut sejajar dengan perkembangan pesat penggunaan digital di seluruh negara.

Jelasnya Tai Hai,peningkatan gaji yang mampan amat penting bagi menangani penghijrahan tenaga kerja digital ke negara yang menawarkan imbuhan lebih tinggi.

"Kenaikan gaji ini selaras dengan penawaran imbuhan yang kompetitif di peringkat serantau. Walaupunbegitu,Malaysia masih kekal dengan bakat digital yang cemerlang. Gaji tertinggi masih kompetitif dan dasar kerajaan boleh membantu mengekalkan momentum ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pasaran Kerja Digital PIKOM dan Tinjauan Ekonomi 2024-2025 pada Selasa.

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi