Dua pelajar lemas, ketika ambil bola di sungai

PasaranFeb 18, 2025 IDOPRESS

Foto JBPM Perak

PARIT,17 Februari- Dua pelajar tingkatan empat dipercayai lemas ketika cuba mengambil bola di dalam sungai di Kampung Tepus,Parit,Perak,petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak,Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 4.33 petang.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit kemudian digerakkan ke lokasi kejadian.

Operasi pencarian anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Kuala Kangsar dan Pulau Pangkor serta penduduk kampung menggunakan bot nelayan.

Keadaan cuaca ketika operasi adalah mendung dan air sungai berarus deras.

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi