Perancangan kewangan bijak penting untuk kestabilan jangka panjang

PasaranFeb 24, 2025 IDOPRESS

Foto Hiasan / Fail

KUALA LUMPUR,22 Februari – Kebijaksanaan dalam merancang dan mengurus kewangan peribadi menjadi faktor utama dalam memastikan kestabilan kewangan jangka panjang,terutama bagi golongan muda.

Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),Azirruan Arifin berkata kelemahan dalam pengurusan kewangan serta kurangnya kesedaran mengenai perancangan kewangan peribadi sering menjadi punca individu terjerumus dalam masalah kewangan.

"Apabila kita berbincang mengenai kewangan,pasti terlintas jumlah pendapatan,perbelanjaan bulanan dan simpanan. Ini memerlukan kebijaksanaan dalam mengurus kewangan,bukan hanya untuk diri sendiri tetapi juga keluarga," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program My Money & Me 2025 di ibu negara.

Program tersebut bertujuan membantu masyarakat dalam perancangan kewangan peribadi merangkumi aspek pengurusan kewangan,perlindungan aset,pengumpulan aset dan pengagihan aset.

Inisiatif tersebut diadakan sempena Minggu Kewangan Global 2025 dan akan menjelajah ke tujuh negeri menerusi siri bengkel jelajah bagi memperkasakan literasi kewangan rakyat.

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi