FOTO RTM
KUALA LUMPUR,24 Julai - Usaha negara membanteras jenayah penipuan dalam talian terus diperkukuh dengan penambahan dua agensi,Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC),ke dalam struktur operasi Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC).
Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata,penyertaan SSM dan SC dijangka meningkatkan kecekapan respons terhadap aduan penipuan kewangan,khususnya melibatkan entiti berdaftar dan pelaburan tidak sah.
Beliau berkata,penambahan dua agensi itu melengkapkan ekosistem penguatkuasaan NSRC yang kini melibatkan Bank Negara Malaysia (BNM),Polis Diraja Malaysia (PDRM),Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
“Penyertaan SSM dan SC sangat penting kerana ia melibatkan pengawasan terhadap syarikat berdaftar dan pelaburan.
“Kita percaya dengan penglibatan mereka,NSRC akan lebih efektif dalam mengekang aktiviti penipuan yang menggunakan nama syarikat atau tawaran pelaburan palsu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat NSRC di Sasana Kijang BNM,hari ini.
Dalam perkembangan sama,Saifuddin berkata,NSRC akan berpindah ke lokasi baharu di Cyberjaya menjelang September ini,sebagai langkah strategik memperkukuh peranan pusat tersebut dalam menangani jenayah siber.
Selain itu ia turut melibatkan penambahan 139 jawatan baharu bagi mempertingkatkan keupayaan operasi NSRC.
Sementara itu,beliau berkata,Malaysia akan menyertai Konvensyen Budapest pada Oktober ini yang dijadual berlangsung di Vietnam,sebagai sebahagian daripada komitmen negara memperkukuh kerjasama antarabangsa dalam memerangi jenayah siber dan penipuan dalam talian.
Dalam konteks serantau,isu penipuan dalam talian turut akan menjadi agenda penting dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Keselamatan ASEAN yang bakal berlangsung pada September ini.