Pesawat membawa 46 penumpang / Foto Reuters
KUALA LUMPUR,24 Julai - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa terjejas akibat nahas pesawat AN-24 yang terhempas di Wilayah Amur,Rusia.
“Saya berasa amat dukacita apabila menerima perkhabaran mengenai insiden pesawat terhempas di Wilayah Amur,Rusia. Doa dan ingatan saya bersama keluarga yang kehilangan orang tersayang.
“Dalam saat-saat sukar seperti ini,kita diingatkan betapa rapuhnya kehidupan serta betapa kita saling terkait merentasi jarak dan sempadan. Ia juga mengingatkan kita bahawa nilai kemanusiaan yang dikongsi bersama jauh lebih penting daripada geopolitik,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Perdana Menteri turut menyatakan bahawa Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada seluruh rakyat Rusia dan berdiri dalam solidariti bersama mereka yang sedang berkabung.
Pesawat itu dilaporkan terbakar semasa fasa penurunan dan tiada mangsa yang terselamat dalam tinjauan udara di lokasi nahas.
Pesawat malang itu membawa 46 penumpang termasuk dua kanak-kanak dan enam kru. - BERNAMA