Semeru meletus lagi, kekal status siaga

PasaranApr 13, 2026 IDOPRESS

Gunung Semeru meletus lagi,kekal status siaga. /Foto AFP

JAKARTA,13 April– Gunung Semeru di Indonesia yang terletak di sempadan Kabupaten Lumajang dan Malang di Jawa Timur,meletus beberapa kali pada Isnin,mengeluarkan tiang abu sehingga 1,000 meter di atas puncaknya.

RINGKASAN BERITA AI

Pegawai Pos Pemerhatian Gunung Semeru Sigit Rian Alfian berkata gunung berapi itu merekodkan enam letusan sejak awal pagi dengan letusan terbaru berlaku pada 9.23 pagi waktu tempatan.

“Ketinggian tiang letusan diperhatikan sekitar 1,000 meter di atas puncak atau 4,676 meter dari aras laut,dan tiang abu berwarna putih hingga kelabu dengan intensiti tebal melayang ke arah barat dan barat laut,” katanya menurut Agensi Berita ANTARA,pada Isnin.

Gunung Semeru,puncak tertinggi di Pulau Jawa,kekal pada status Tahap III (Siaga/Amaran),mendorong Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bencana Geologi (PVMBG) Indonesia untuk mengenakan sekatan ke atas aktiviti awam. -BERNAMA

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi