UK tidak sertai AS sekat Selat Hormuz

PasaranApr 13, 2026 IDOPRESS

Sebuah kapal melalui Selat Hormuz menuju ke perairan Oman. /Foto REUTERS

ISTANBUL,13 April – United Kingdom (UK) tidak akan menyertai sekatan Amerika Syarikat (AS) di Selat Hormuz,menurut media tempatan susulan kenyataan Presiden AS Donald Trump mengenai perkara itu,lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik Sky News.

RINGKASAN BERITA AI

“Kami terus menyokong kebebasan pelayaran dan pembukaan Selat Hormuz,yang amat diperlukan bagi menyokong ekonomi global serta kos sara hidup di dalam negara.

“Selat Hormuz tidak seharusnya dikenakan bayaran,” kata jurucakap kerajaan itu.

Pegawai berkenaan berkata London sedang bekerjasama dengan Perancis dan rakan-rakan lain untuk membentuk gabungan yang lebih luas bagi melindungi kebebasan pelayaran. -BERNAMA-ANADOLU

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi