IRGC musnahkan radar amaran awal AS di Kuwait

PasaranJul 20, 2026 IDOPRESS

(Gambar fail) Dron yang dilancarkan oleh tentera Iran ke arah sasaran AS di Bahrain dan Kuwait pada 17 Julai 2026/ AFP

TEHRAN,20 Julai- Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran mendakwa pihaknya menyerang sasaran ketenteraan Amerika Syarikat (AS) di Kuwait termasuk sistem radar amaran awal yang didakwa “musnah sepenuhnya”,menurut kenyataan yang dilaporkan agensi berita Iran, IRNA.

RINGKASAN BERITA AI

IRGC dalam kenyataan itu memaklumkan pasukannya “memusnahkan sepenuhnya” sistem radar amaran awal AS menerusi serangan dron.

Dalam serangan berasingan,IRGC mendakwa turut menyasarkan gudang peralatan dan alat ganti pesawat serta hangar dron MQ-9 di Pangkalan Udara Ali Al Salem yang menyebabkan beberapa dron terbakar.

Bagaimanapun,dakwaan berkenaan belum disahkan secara bebas. – AFP

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi