Antara strategi utama Malaysia adalah memperkukuh rangkaian ekosistem serantau/Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,24 Julai – Malaysia kini menerajui inisiatif 'Startup ASEAN' bersempena Kepengerusian ASEAN 2025,dengan Cradle Fund Sdn. Bhd. dilantik sebagai agensi pelaksana utama oleh Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Timbalan Menteri MOSTI,Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata,antara strategi utama Malaysia adalah memperkukuh rangkaian ekosistem serantau,memacu akses pasaran,memperkasa kapasiti syarikat pemula,serta membangunkan platform Startup ASEAN sebagai gerbang akses serantau.
Cradle juga akan menganjurkan Sidang Kemuncak Startup ASEAN 2025 pada 3 hingga 5 November 2025 di Kuala Lumpur,yang dijangka menarik penyertaan pelabur dan syarikat pemula dari seluruh rantau.
"Kerjasama strategik ini diharap dapat memperkukuh kedudukan syarikat pemula Malaysia di rantau ASEAN serta menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelabur dalam sektor teknologi dan inovasi," ujarnya.
Datuk Mohammad Yusof menyatakan demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Sungai Petani,Dr. Mohammed Taufiq Johari,di Dewan Rakyat,hari ini,