Pelan bantuan dari Malaysia ke Palestin mesti dikoordinasi dengan teliti - PM

Oct 17, 2025 IDOPRESS

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA,19 Oktober - Pelan bantuan dari Malaysia ke Palestin mesti dikoordinasi dengan teliti dan berkesan agar setiap bantuan benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukan,tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook,Datuk Seri Anwar memaklumkan pertemuannya dengan rangkaian masyarakat sivil Malaysia yang menggerakkan Op Ihsan dan Sumud Flotilla hari ini bagi menyelaras tindakan segera menghantar bantuan kemanusiaan ke Palestin.

"Dengan kebijaksanaan,kecekapan dan semangat solidariti yang kita tunjukkan,saya yakin usaha ini akan membantu meringankan penderitaan saudara-saudara kita di Gaza.

"... dan menjadi lambang keprihatinan serta kemanusiaan rakyat Malaysia terhadap perjuangan Palestin",katanya menerusi hantaran di Facebook.

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi