Gempa bumi kuat 6.3 magnitud landa Mindanao, Filipina

Oct 17, 2025 IDOPRESS

FOTO METMALAYSIA

KUALA LUMPUR,17 Oktober- Satu gempa bumi kuat berukuran 6.3 magnitud berlaku di Mindanao,Filipina pada 7.03 pagi hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa itu berpusat di koordinat 9.8 darjah utara dan 126.2 darjah timur,kira-kira 76 kilometer (km) timur dari Surigao City,Filipina.

Gempa bumi dengan kedalaman 52 km itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi