Hizbullah beri amaran Israel tiada kebebasan bergerak di Lubnan

WangApr 17, 2026 IDOPRESS

Bendera Hizbullah dan Iran berkibar di tanah perkuburan sementara di Selatan Lubnan/Foto REUTERS

BEIRUT,17 April – Kumpulan Hizbullah menegaskan sebarang gencatan senjata dengan Israel tidak boleh memberi kebebasan pergerakan kepada Zionis Israel di wilayah Lubnan.

RINGKASAN BERITA AI

Menurut Hizbullah kehadiran tentera Israel di Lubnan akan memberi hak kepada negara itu dan rakyatnya untuk menentang.

Sementara itu,sekutu Hizbullah yang juga Speaker Parlimen Lubnan,Nabih Berri,menggesa rakyat Lubnan menangguhkan kepulangan ke bandar dan kampung masing-masing sehingga keadaan menjadi lebih tenang.

Beliau berkata langkah itu selaras dengan pelaksanaan perjanjian gencatan senjata yang sedang dicadangkan. — REUTERS

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi