
FOTO APM DUNGUN
DUNGUN,17 April – Kebakaran hutan paya gambut berhampiran Kampung Rhu Batil di sini sejak Isnin lalu dipercayai berpunca daripada aktiviti pembakaran terbuka yang tidak dikawal.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Keadaan cuaca panas dan angin kuat menyebabkan usaha pemadaman menjadi sukar,selain terdapat kawasan operasi yang tidak mempunyai sumber air mencukupi,” katanya.
Operasi pemadaman turut dibantu beberapa agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan RELA.
Yahaya berkata,pihak bomba terus memantau keadaan bagi memastikan api tidak merebak dan operasi dijangka dapat ditamatkan dalam tempoh seminggu.
Dalam pada itu,beliau mengingatkan penduduk agar mengelakkan sebarang aktiviti pembakaran terbuka bagi mengelakkan situasi menjadi lebih buruk.