
WARSAW,17 Julai – Poland dan Jerman memeterai perjanjian pertahanan dua hala baharu sebagai usaha memperkukuh kerjasama keselamatan serantau ketika Warsaw melihat ancaman Rusia terus meningkat.
RINGKASAN BERITA AI
−
Poland sebelum ini menandatangani perjanjian pertahanan dengan Perancis dan Britain,selain sedang berunding perjanjian sama dengan Itali sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh pakatan keselamatan negara itu.
Majlis pemeteraian perjanjian tersebut diadakan sempena ulang tahun ke-35 Perjanjian Hubungan Kejiranan Baik dan Kerjasama Persahabatan Poland-Jerman yang menjadi asas hubungan dua hala antara kedua-dua negara sejak 1990.