Pindaan Akta Tabung Haji 1995 hampir 90 peratus siap

WangSep 3, 2026 IDOPRESS

Pengerusi Tabung Haji (TH),Tan Sri Abdul Rashid Hussain./ RTM

BANGI,3 Sept – Proses pindaan Akta Tabung Haji 1995 kini mencapai hampir 90 peratus,dengan aspek struktur dan pengurusan dalaman berada pada fasa akhir.

RINGKASAN BERITA AI

“Kedua-dua badan ini diwakili dalam Jawatankuasa Pasukan Petugas yang saya pengerusikan bagi pihak Tabung Haji dan perkara ini telah pun diputuskan dalam kalangan kami,iaitu Suruhanjaya Sekuriti,” katanya.

Tambah beliau lagi,aspek teknikal berkaitan skop dan pelaksanaan bagaimanapun masih perlu diperhalusi,khususnya bagi memastikan TH kekal sebagai sebuah badan yang utuh secara keseluruhannya.

“Bahagian pelaburannya yang bakal diasingkan atau dikenal pasti itulah yang perlu mempunyai pengawal selia kewangan yang sewajarnya bagi memastikan tahap keselamatan tertinggi untuk para pendeposit terjamin,” katanya.

Beliau berkata,pindaan akta berkenaan turut memberi tumpuan kepada pengukuhan aspek kawal selia dan tadbir urus TH,selain memperkemas struktur serta peranan anggota kerja bagi memastikan kelemahan atau isu yang berlaku sebelum ini tidak berulang.

Katanya,langkah itu juga bertujuan memastikan pengurusan dan operasi TH dilaksanakan berdasarkan tatakelola yang lebih kukuh,telus dan berkesan.

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi