Malaysia siasat duti antilambakan ke atas import keluli dari China, Korea dan Vietnam

PerbankanFeb 8, 2025 IDOPRESS

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR,7 Februari - Kerajaan Malaysia memulakan siasatan duti antilambakan ke atas import produk keluli bergalvani celupan panas dari China,Korea Selatan dan Vietnam.

Langkah itu diambil selepas menerima petisyen daripada CSC Steel Sdn. Bhd. yang mendakwa produk tersebut dijual bawah harga pasaran negara asalnya,menyebabkan kesan buruk kepada industri tempatan.

Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri menerusi kenyataan memaklumkan,siasatan akan dibuat berdasarkan Seksyen 20 Akta Duti Balas dan AntiLambakan 1993 (Akta) serta Peraturan-Peraturan Duti Balas dan AntiLambakan 1994 (Peraturan).

Keputusan awal dijangka diumumkan dalam tempoh 120 hari dan jika didapati berasas,duti antilambakan sementara akan dikenakan.

MITI turut akan mengedarkan soal selidik kepada pihak berkepentingan termasuk pengimport,pengeksport dan kerajaan negara terlibat.

Pihak yang ingin menyertai siasatan tersebut perlu mendaftar dengan MITI sebelum 21 Februari ini dan mengemukakan maklum balas serta bukti sokongan selewat-lewatnya 8 Mac 2025.

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi