SPR terima pemakluman kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning

PerbankanFeb 28, 2025 IDOPRESS

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan luar jangka kerusi Dewan Negeri (DUN) N.48 Ayer Kuning,Perak,berikutan kematian penyandangnya,Allahyarham Ishsam Shahruddin,pada 22 Februari 2025 / Foto Hiasan

PUTRAJAYA,28 Februari – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima pemakluman rasmi daripada Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak,Datuk Mohammad Zahir Datuk Abdul Khalid,berhubung kekosongan luar jangka kerusi Dewan Negeri (DUN) N.48 Ayer Kuning,pada 22 Februari 2025.

Setiausaha SPR,Datuk Indera Ikmalrudin Ishak memaklumkan berdasarkan Perkara XXXVI (5),Bahagian Pertama,Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan,kekosongan luar jangka tersebut perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh SPR memastikan kekosongan itu berlaku.

"Sehubungan itu,SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi DUN N.48 Ayer Kuning pada 7 Mac 2025 (Jumaat) bagi membincangkan pelaksanaan pilihan raya berkenaan," katanya menerusi kenyataan.

Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas tersebut bagi mengumumkan keputusan dan ketetapan berkaitan PRK berkenaan.

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi