Mayat dua pelajar lemas di Sungai Perak ditemukan

PerbankanFeb 19, 2025 IDOPRESS

Foto hiasan

PARIT,18 Februari- Mayat kedua-dua pelajar tingkatan empat yang dipercayai lemas di Sungai Perak berdekatan Kampung Tepus,Parit,petang semalam,ditemukan.

Mayat Muhammad Nazrin Haidar Mohd Hisham,ditemui pada pukul 4.40 petang,manakala mayat Muhammad Naufal Aiman Dzulkarnain pada pukul 7.00 malam.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak,Sayani Saidon menerusi kenyataan berkata,mayat kedua-dua mangsa dijumpai berhampiran dengan lokasi mereka dipercayai terjatuh.

Mayat telah dibawa ke tebing dan disahkan oleh ahli keluarga sebelum dibawa ke Hospital Seri Iskandar untuk tindakan lanjut.

Terdahulu operasi mencari dan menyelamat (SAR) kedua-dua mangsa melibatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis,Seri Iskandar,Pangkor dan Kuala Kangsar dibantu polis serta penduduk.

Turut serta Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Pangkor serta dua Unit Anjing Pengesan (K9).

Dalam kejadian sekitar pukul 4.21 petang semalam,dua pelajar tersebut dipercayai lemas ketika cuba mengambil bola yang hanyut di dalam Sungai Perak.

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi