Empat pasukan terbaik ke pentas akhir Perbahasan Piala Perdana Menteri ke-50

Jul 25, 2025 IDOPRESS

Kategori Bahasa Inggeris berlangsung hari ini di Dewan Plenari PICC,Putrajaya.

PUTRAJAYA,25 Julai -Pertandingan Akhir Perbahasan Piala Perdana Menteri edisi ke-50 berlangsung selama dua hari di Dewan Plenari PICC,Putrajaya bermula hari ini,melibatkan empat pasukan terbaik bagi kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan hadir bagi menyempurnakan acara kemuncak pertandingan tersebut.

Bagi kategori Bahasa Inggeris yang berlangsung hari ini,menyaksikan Sekolah Sultan Alam Shah berentap dengan Sekolah Menengah Sains Muar.

Manakala bagi kategori Bahasa Melayu,Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang yang merupakan johan edisi lalu,bakal berhadapan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam pada 26 Julai 2025.

Kedua-dua perlawanan akhir disiarkan secara langsung menerusi EduwebTV KPM dan saluran DidikTV KPM.

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),selain Anugerah Pembahas Terbaik,edisi tahun ini turut memperkenalkan empat anugerah baharu iaitu Anugerah Permata Bahas dan Anugerah Tunas Bahas bagi kategori Bahasa Melayu,serta Aspiring Team Award dan Eloquence Award bagi kategori Bahasa Inggeris.

Penajaan bagi anugerah baharu tersebut disumbangkan oleh Malaysia Energy Literacy Program (MELP) yang diterajui oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

KPM menjelaskan bahawa pertandingan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kementerian dalam membangunkan bakat murid melalui wadah intelektual,di samping mengasah kemahiran bahasa,pemikiran kritis dan pembentukan karakter.

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi