Murid PPKI SK Meru meninggal dunia akibat influenza A

Oct 17, 2025 IDOPRESS

Gambar hiasan

SHAH ALAM,17 Oktober - Seorang murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Meru,Klang dekat sini meninggal dunia dipercayai akibat jangkitan Influenza A awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao berkata pihaknya menerima laporan mengenai berita sedih membabitkan seorang kanak-kanak istimewa itu menjelang Subuh pagi tadi.

“Mangsa yang juga murid pendidikan khas berusia lapan tahun disahkan meninggal dunia kira-kira 4.30 pagi.

“Hasil siasatan mendapati mangsa disahkan dijangkiti Influenza A,manakala seluruh ahli keluarganya turut positif wabak sama,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Khamis.

Vijaya Rao berkata pihak Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah pencegahan termasuk pemeriksaan terhadap ahli keluarga serta pemantauan bagi mengawal penularan jangkitan di kawasan berkenaan.

Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

-- BERNAMA

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi