
Foto RTM
KUALA LUMPUR,21 Julai – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memperkukuh usaha membanteras sindiket penipuan dalam talian melalui operasi bersepadu,penguatkuasaan berterusan serta kerjasama strategik bersama pelbagai agensi.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Abdul Halim Suleiman pada sesi Pertanyaan Lisan Dewan Negara di Parlimen.
Beliau berkata,pada 2024,NSRC berjaya menyita sebanyak RM7.01 juta dan memulangkan RM508,479.39 atau tujuh peratus daripada jumlah tersebut kepada mangsa.
Bagi tahun 2025 pula,sebanyak RM17.49 juta berjaya disita dengan RM6.65 juta atau 38 peratus dipulangkan kepada mangsa. Sehingga Jun 2026,NSRC merekodkan jumlah sitaan sebanyak RM7.29 juta dengan RM4.12 juta atau 57 peratus berjaya dikembalikan kepada mangsa.
Menurut beliau,kerjasama antara PDRM,Bank Negara Malaysia (BNM),Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),institusi kewangan serta penggunaan Portal e-Financial Service Act (eFSA) turut membantu mempercepatkan tindakan pembekuan akaun dan siasatan kes penipuan dalam talian.