Bot karam, empat nelayan selamat

KewanganFeb 19, 2025 IDOPRESS

Foto RTM

LABUAN,19 Februari-Empat nelayan berdepan detik cemas selepas bot dinaiki mereka karam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan dalam satu kenyataan memaklumkan mendapat panggilan berhubung kehilangan mangsa kira-kira pukul 9.30 malam tadi (Selasa).

Anggota penyelamat JBPM bersama jentera bergegas ke lokasi kejadian yang terletak di Lubok Temiang Simpang Delima Blok Pulau dan memulakan pencarian sejauh lapan kilometer di perairan Labuan.

Mangsa melibatkan dua lelaki dan dan wanita berumur lingkungan 45 hingga 75 tahun.

Kesemua mangsa telah ditemui selamat dan seterusnya dibawa ke daratan.

Tiga dikejarkan ke hospital manakala seorang lagi dilaporkan dalam keadaan stabil.

Operasi melibatkan lapan orang anggota termasuk anggota Polis Labuan turut dibantu para nelayan tempatan.

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi