KUSKOP terus sokong PKS tembusi pasaran lebih luas

Oct 17, 2025 IDOPRESS

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,15 Oktober - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) kekal komited menyokong inisiatif memperkasa Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS),khususnya dalam memperluas jenama tempatan dari Sabah dan Sarawak ke pasaran lebih luas.

Menterinya,Datuk Ewon Benedick berkata,usaha itu bagi memperkukuh ekosistem keusahawanan dan francais tempatan,sekali gus membina lebih banyak peluang perniagaan kepada usahawan tempatan.

"KUSKOP melalui Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) akan terus memainkan peranan penting dalam memperkukuh ekosistem francais negara dengan memupuk usahawan tempatan,membantu peluasan perniagaan serta menyediakan akses kepada pembiayaan dan program pembangunan," katanya di sini.

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi