Satu PPS ditutup di Gua Musang, dua masih beroperasi

DanaDec 11, 2024 IDOPRESS

FOTO FACEBOOK APM GUA MUSANG

GUA MUSANG,11 Disember- Satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan ditutup hari ini menjadikan hanya dua PPS masih aktif di jajahan Gua Musang.

PPS Dewan Orang Ramai Batu 6 ditutup pada pukul 11.00 pagi,menyaksikan jumlah penduduk terjejas banjir menurun kepada 276 orang daripada 64 keluarga setakat 12.00 tengah hari.

Dua PPS yang masih beroperasi ialah PPS Dewan Semai Bakti Felda Chiku 7 yang menempatkan 235 orang dan Sekolah Kebangsaan (SK) Limau Kasturi 1 yang menampung 41 orang.

Sementara itu portal Public Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan satu sungai di negeri itu iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang,Pasir Mas telah melepasi paras bahaya.

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi