Tiada mangsa, kerosakan dalam kebakaran loji jana kuasa di Selangau

DanaJun 2, 2026 IDOPRESS

Kebakaran berlaku di tingkat satu bangunan loji melibatkan longgokan debu arang batu serta


lapisan aluminium foil pada bahagian bawah bumbung/ JBPM Sarawak

SELANGAU,1 Jun – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berjaya mengawal kebakaran yang berlaku di sebuah loji jana kuasa di Plan Bukut,di sini pagi tanpa melibatkan sebarang mangsa atau kerosakan pada struktur utama bangunan.

RINGKASAN BERITA AI

Pasukan Tindak Balas Kecemasan (ERT) loji jana kuasa itu yang terdiri daripada 10 anggota turut membantu operasi pemadaman dan penyejukan bagi memastikan tiada lagi punca nyalaan yang boleh mencetuskan kebakaran semula.

Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 10.52 pagi sebelum pasukan bomba menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi punca nyalaan semula.

Operasi itu melibatkan enam anggota bomba bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) ditamatkan sepenuhnya pada pukul 5.33 petang selepas lokasi disahkan selamat. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi