Ahli politik jaga adab, elak cetus provokasi – YDP Agong

KewanganJun 1, 2026 IDOPRESS

Yang di-Pertuan Agong,Sultan Ibrahim pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran,Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 sempena Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

KUALA LUMPUR,1 Jun – Yang di-Pertuan Agong,Sultan Ibrahim menitahkan supaya pemimpin politik sentiasa menjaga adab dan tutur kata serta berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.

RINGKASAN BERITA AI

Baginda turut mengingatkan semua pihak agar mengelakkan mencetuskan sebarang bentuk provokasi,khususnya yang menyentuh isu 3R iaitu raja,agama dan kaum.

“Akhir-akhir ini,bahang pilihan raya telah mula dirasai,orang politik telah mula menonjolkan diri untuk pikat hati rakyat. Elakkan provokasi dan jangan mempertikaikan isu-isu sensitif berkaitan


raja,bangsa dan agama kerana ia boleh menimbulkan kemarahan rakyat. Jangan kerana nila setitik,rosak susu sebelanga,” titah Baginda.

Sultan Ibrahim bertitah pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran,Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 sempena Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara,hari ini.

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi