Hak, tuntutan anak kapal MV Berkat Tuah terus diperjuang

DanaJul 20, 2026 IDOPRESS

Ketua Pengarah Laut,Datuk Dickson Dollah (empat kanan) menyambut ketibaan lima kru kapal MV Berkat Tuah di KLIA / BERNAMA

SEPANG,20 Julai- Hak dan tuntutan 13 anak kapal MV Berkat Tuah akan terus diperjuangkan meskipun kesemua mereka berjaya dibawa pulang ke tanah air selepas terkandas hampir setahun di perairan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

RINGKASAN BERITA AI

Sementara itu,anak kapal MV Berkat Tuah,Mark Martin,menyifatkan usaha kerajaan Malaysia dan Jabatan Laut Malaysia sebagai harapan ketika mereka hampir berputus asa.

“Terima kasih kepada Datuk Dickson. Beliau telah memberi harapan kepada kami ketika kami hampir berputus asa. Hari ini beliau membuktikan janjinya,” katanya.

Seorang lagi kru,Hendi Irawan,turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memainkan peranan penting membawa mereka pulang ke tanah air.

“Terima kasih kepada kerajaan Malaysia,khususnya Jabatan Laut Malaysia,Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut (KWPPL),International Transport Workers’ Federation (ITF),Kesatuan Kebangsaan Pelaut-Pelaut Semenanjung Malaysia (NUSPM),serta Konsulat Jeneral Malaysia di Dubai.

Hasil usaha semua pihak,kami akhirnya dapat pulang ke tanah air,” katanya.

Kes MV Berkat Tuah merupakan antara kes pengabaian anak kapal yang kompleks kerana melibatkan pelbagai aspek perundangan,bidang kuasa antarabangsa serta kepentingan pelbagai pihak.

Pada kemuncak krisis,seramai 13 anak kapal,termasuk 11 rakyat Malaysia,terjejas akibat kegagalan pemilik kapal memenuhi tanggungjawab terhadap kebajikan mereka.

Kes itu kemudiannya direkodkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) sebagai kes pengabaian anak kapal.

Sementara itu,Wisma Putra menerusi satu kenyataan merakamkan penghargaan kepada kerajaan UAE atas bantuan dan kerjasama dalam menguruskan kepulangan anak kapal.

Menurut Wisma Putra,hasil libat urus berterusan Konsulat Jeneral Malaysia di Dubai bersama Jabatan Laut Malaysia dengan pihak berkuasa Sharjah,empat lagi anak kapal warga Malaysia dibenarkan meninggalkan kapal berkenaan pada 18 Julai lalu.

Sebelum ini,empat anak kapal warga Malaysia yang turut berada di atas kapal itu telah pulang ke tanah air pada 10 April lalu.

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi