Projek 'Zero Dependency' kurangkan kebergantungan kepada Singapura - PETRA

MelaburDec 2, 2024 IDOPRESS

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) akan melaksanakan projek 'Zero Dependency' bagi mengurangkan kos pembelian air terawat dari Singapura / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR,2 Disember – Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) akan melaksanakan projek 'Zero Dependency' bagi mengurangkan kos pembelian air terawat dari Singapura.

Timbalan Menteri PETRA,Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata projek tersebut bertujuan untuk meningkatkan kapasiti simpanan air mentah dan terawat di Johor,sekali gus memastikan negeri itu dapat memenuhi keperluan air secara berdikari dalam jangka panjang.

"Untuk mengurangkan kebergantungan kepada Singapura,projek Zero Dependency telah dirangka dan sedang dilaksanakan.

"Antara projek utama adalah pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) di Sungai Johor (Sungai Lebak),pembinaan baraj di Sungai Sedili Besar,serta pembinaan loji rawatan air seperti Loji Rawatan Air Layang 2 dan Loji Rawatan Air Semangar 3," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pasir Gudang,Hassan Abdul Karim,di Dewan Rakyat,di sini.

Tambah Akmal Nasrullah,projek yang disasarkan untuk diselesaikan menjelang tahun 2030 itu dijangka berdepan cabaran berikutan pertumbuhan sektor industri seperti pusat data dan semikonduktor.

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi