Pengambilan makanan sihat, tingkat tumpuan murid terhadap pelajaran

MelaburFeb 19, 2025 IDOPRESS

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,18 Februari-Ibu bapa dinasihatkan agar lebih cakna terhadap pengambilan sarapan pagi anak-anak sebelum ke sekolah bagi memastikan mereka kekal bertenaga sepanjang hari.

Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia,Prof Madya Dr Mahenderan Appukutty berkata murid-murid perlu diberikan makanan berkhasiat supaya mereka dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran.

"Kanak-kanak perlu diberikan makanan yang berkhasiat bagi memastikan mereka dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran serta kekal bertenaga sepanjang hari.

"Jika tiada sarapan pagi,prestasi akademik boleh menurun,selain menyebabkan keletihan,kurang tenaga,emosi atau mood yang tidak stabil,serta berisiko kepada masalah kesihatan.

"Mereka perlu mengambil makanan berkhasiat seperti roti,susu,minuman bijirin,mentega kacang dengan roti dan pisang serta buah-buahan tempatan," katanya kepada RTM.

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi