Bayaran kepada Sabah naik kepada RM1.5 bilion mulai tahun ini

MelaburSep 11, 2026 IDOPRESS

Foto BERNAMA

KOTA KINABALU,11 September – Kerajaan Persekutuan bersetuju menyalurkan bayaran interim RM1.5 bilion kepada Sabah mulai tahun ini,sementara rundingan berhubung penyelesaian tuntutan 40 peratus hasil negeri itu diteruskan.

RINGKASAN BERITA AI

−

Perdana Menteri menjelaskan,walaupun Sarawak tidak termasuk dalam peruntukan Perlembagaan berkaitan 40 peratus Sabah,semangat yang sama perlu dipertimbangkan untuk negeri berkenaan.

Menurutnya,perbincangan dengan Premier Sarawak,Tan Sri Abang Johari Tun Openg,akan diteruskan dalam beberapa hari akan datang.

Malah,beliau berharap dapat mengumumkan langkah interim untuk Sarawak pada 16 September,bersempena sambutan Hari Malaysia di Kuching.

Pada masa sama,Perdana Menteri bersetuju dengan cadangan Sarawak supaya satu formula yang jelas diperkenalkan dengan mengambil kira kedudukan kewangan negara,keupayaan serta had minimum dan maksimum.

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi