Perkukuh penyelidikan padi hibrid, kurangkan kebergantungan import

WangOct 14, 2026 IDOPRESS

Datuk Seri Mohamad Sabu/ RTM

KUALA LUMPUR,14 Oktober- Penyelidikan padi hibrid tempatan perlu diperkukuh bagi meningkatkan hasil pengeluaran makanan negara serta mengurangkan kebergantungan terhadap import.

RINGKASAN BERITA AI

−

Datuk Seri Mohamad berkata penggunaan teknologi pertanian seperti dron perlu ditawarkan pada kos lebih rendah bagi memudahkan petani yang mengusahakan sawah bersaiz kecil mendapat akses kepada teknologi berkenaan.

“Kalau sawah satu atau dua ekar,agak sukar bagi petani menanggung kos sewaan dron. Penyelidikan tempatan perlu membantu menghasilkan dron pada harga lebih murah,atau Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menyediakan dron di peringkat kawasan.

“Sebagai contoh,ada persatuan peladang menggunakan bantuan MADANI RM100,000 untuk membeli dron bagi memberikan perkhidmatan kepada ahli. Ini langkah jangka panjang,terutama bagi kawasan sawah atau ladang bersaiz kecil,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan,kementerian sedang meneliti kemungkinan menyalurkan bantuan atau insentif bersasar kepada petani kumpulan B40 yang terjejas akibat kelewatan bekalan baja.

Datuk Seri Mohamad berkata kerugian petani akan dinilai mengikut kes sebelum bentuk bantuan ditentukan.

“Kerugian petani akan kita kaji dan bincangkan. Jika ada peruntukan,bantuan akan disasarkan kerana bukan semua petani mengalami kemerosotan hasil. Ada kawasan yang akan dinilai mengikut kes,” katanya.

Beliau berkata perbincangan mengenai kelewatan bekalan baja turut diadakan bersama pihak berkaitan termasuk pengurusan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Kawalselia Padi dan Beras (KPB).

Menurutnya,syarikat yang tidak berupaya membekalkan baja telah dicadangkan untuk dihentikan,manakala perkara itu turut diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan.

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi