
Foto RTM
PUTRAJAYA,14 September– Kementerian Dalam Negeri (KDN) mahu memuktamadkan kadar baharu elaun anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dalam tempoh terdekat,susulan kadar semasa RM8 sejam yang disifatkan tidak lagi munasabah.
RINGKASAN BERITA AI
−
Malah,tempoh penugasan anggota RELA boleh mencecah antara lapan hingga 12 jam sehari.
Datuk Seri Saifuddin berkata,kebajikan anggota RELA dan pasukan sukarelawan di bawah agensi KDN menjadi antara keutamaan kementerian ketika ini.
Ketika ini,terdapat kira-kira 135,000 hingga 140,000 anggota RELA di seluruh negara,dengan sekitar 35,000 hingga 40,000 daripadanya terlibat dalam pelbagai penugasan.
“Saya mengumumkan supaya satu elaun diberikan kepada RELASIS di universiti berkenaan. Yang itu kita segera,jangan tangguh lagi. Berdasarkan peruntukan yang kita kena buat penyesuaian,saya yakin ia boleh dibuat,” katanya.
Menurutnya lagi,pembayaran elaun itu boleh dilaksanakan menerusi penyelarasan peruntukan sedia ada,selain mengambil kira keperluan berkenaan dalam peruntukan tahun berikutnya.
Beliau menegaskan,pelaksanaan pemberian elaun RELASIS itu tidak memerlukan peruntukan kewangan tambahan yang memerlukan keputusan Jemaah Menteri.