309 institusi pendidikan Islam terima lebih RM22 juta

MelaburOct 14, 2026 IDOPRESS

Marhamah Rosli/ RTM

KUALA LUMPUR,14 Oktober- Lebih RM22 juta disalurkan kepada 309 institusi pendidikan Islam termasuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf setakat 30 April 2026.

RINGKASAN BERITA AI

−

“JAKIM dan ICU JPM menjalankan semakan serta pengesahan mengikut tempoh masing-masing bagi memastikan pengurusan peruntukan dilaksanakan secara teratur dan telus khususnya bagi kerja-kerja berkaitan keselamatan,keselesaan dan keperluan asas pembelajaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Pokok Sena,Datuk Ahmad Saad @ Yahaya mengenai perkembangan terkini penyaluran bantuan penyelenggaraan dan naik taraf JAKIM kepada SAR bagi 2026.

Dalam perkembangan berkaitan,kerajaan memperuntukkan RM200 juta menerusi Belanjawan 2027 bagi membantu SAR,institusi tahfiz dan sekolah pondok di bawah JAKIM.

Skop bantuan itu turut merangkumi kos operasi institusi,selain kerja penyelenggaraan dan naik taraf bagi memperkukuh pengurusan serta kelangsungan pendidikan Islam.

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi