
Foto Fail AFP
PARIS,16 Oktober – Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan kepincangan serius dalam pembiayaan alam sekitar dunia apabila dianggarkan sebanyak AS$30 masih disalurkan ke dalam aktiviti yang merosakkan ekosistem bagi setiap satu dolar yang dilaburkan untuk pemuliharaan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Setiausaha Agungnya,Antonio Guterres mengecam tindakan kerajaan yang masih belum menunjukkan kemajuan dalam mengurangkan subsidi berbahaya seperti insentif untuk industri bahan api fosil,perlombongan dan pembalakan yang bernilai AS$500 bilion (RM2.15 trilion) setahun.
Beliau memberi amaran bahawa alam sekitar tidak boleh pulih sekadar dengan niat baik tanpa tindakan tegas membendung pengaruh industri komersial yang terlalu dominan dalam dasar kerajaan.
Isu kepincangan dana ini bakal menjadi agenda tumpuan pada persidangan rundingan kepelbagaian biologi PBB (COP17) di Armenia,minggu depan. -AFP