Dakwaan Tan Sri Madinah tidak dipanggil RCI Tabung Haji tidak benar – Tan Sri Rashid

PasaranSep 3, 2026 IDOPRESS

Pengerusi Tabung Haji,Tan Sri Abdul Rashid Hussain./ RTM

BANGI,3 Sept – Dakwaan bekas Ketua Audit Negara,Tan Sri Madinah Mohamad,bahawa beliau tidak dipanggil dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji adalah tidak benar dan tidak berasas.

RINGKASAN BERITA AI

Tan Sri Abdul Rashid berkata,Tan Sri Madinah turut diberikan peluang untuk menjawab 75 soalan yang dikemukakan RCI secara bertulis melalui akuan berkanun.

“Dengan memberikan beliau 75 soalan untuk diserahkan kepada kami,yang mana telah beliau lakukan di bawah akuan berkanun,beserta lampiran yang kemudiannya turut dilampirkan bersama soalan-soalan tersebut.

“Ia berada dalam rekod kenyataan saksi kami. Oleh itu,tidak benar bahawa beliau tidak mempunyai peluang untuk diwakili,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi panel dalam program Dialog Ummah: Realiti dan Masa Depan Tabung Haji di Bangi,hari ini.

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi