KESUMA laksana kajian impak Aturan Kerja Fleksibel, tingkat produktiviti pekerja

WangDec 5, 2024 IDOPRESS

Menteri Sumber Manusia,Steven Sim Chee Keong

KUALA LUMPUR,5 Disember – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) akan menjalankan kajian ke atas syarikat-syarikat yang telah melaksanakan Aturan Kerja Fleksibel (AKF) bagi menilai impaknya terhadap produktiviti pekerja.

Menteri Sumber Manusia,Steven Sim Chee Keong berkata kajian itu akan dilaksanakan dalam tempoh enam bulan susulan pelancaran garis panduan AKF,hari ini.

“Kita yakin dengan mewujudkan persekitaran kerja yang lebih progresif dan fleksibel,ia mampu mengimbangkan pekerjaan dan kehidupan (work-life balance).

"Ini memberikan kelebihan kepada syarikat,terutama dalam mengekalkan bakat pekerja untuk terus berkhidmat,” katanya pada majlis pelancaran Garis Panduan AKF di ibu negara.

Tambah Steven,garis panduan ini dirangka untuk membantu majikan mengoptimumkan sumber manusia serta mengurangkan kos pengoperasian syarikat.

Katanya,KESUMA melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dan TalentCorp akan terus memberikan bimbingan kepada syarikat dalam melaksanakan AKF berdasarkan keperluan semasa,lokasi,dan golongan sasar.

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi