Langkah penjimatan belanjawan tidak jejas perancangan utama KPM

WangJun 3, 2026 IDOPRESS

Menteri Pendidikan,Fadhlina Sidek

KUALA LUMPUR,3 Jun – Langkah penjimatan belanjawan yang dilaksana kerajaan tidak akan menjejaskan perancangan utama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

RINGKASAN BERITA AI

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis Perasmian Simposium Antarabangsa Kepustakaan,Terjemahan dan Kecerdasan Buatan (LiTr.AI) 2026 di ibu negara.

Fadhlina berkata ketika ini penambahbaikan yang dirancang oleh KPM berjalan mengikut perancangan yang ditetapkan. Ia termasuk melibatkan pembinaan kelas tambahan di sekolah-sekolah yang berdepan isu kepadatan murid dan penyelenggaraan bilik guru.

“Kita juga sudah umumkan semasa Hari Guru tempoh hari untuk penyelenggaraan bilik guru,naik taraf bilik guru yang juga terkait dengan suasana kondusif di sekolah yang saya kira itu projek itu jalan seperti biasa juga,” katanya.

Mengulas mengenai pengumuman pemberian baucar buku,Fadhlina memaklumkan agihan baucar tersebut akan dilaksanakan di sekolah sebaik sahaja sesi persekolahan dibuka semula selepas cuti persekolahan.

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi