PMKS dikecualikan kenaikan gaji minimum baharu

WangSep 30, 2026 IDOPRESS

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,Steven Sim Chee Keong

KUALA LUMPUR,30 September – Perusahaan mikro,kecil dan sederhana (PMKS) dikecualikan daripada kenaikan kadar gaji minimum baharu buat masa ini,kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,Steven Sim Chee Keong.

RINGKASAN BERITA AI

−

Menurutnya,pendekatan itu penting bagi memastikan peningkatan gaji bergerak seiring dengan peningkatan produktiviti.

“Matlamat kita jelas bahawa kebajikan pekerja terbela dengan gaji yang lebih wajar,sementara PMKS kekal berdaya saing untuk terus berkembang dan menjana peluang pekerjaan,” katanya.

Kerajaan menggariskan 10 bidang tumpuan utama Belanjawan 2027 yang dijadual dibentangkan di Parlimen pada 9 Oktober ini.

Antara tumpuan utama adalah kepentingan rakyat menjadi keutamaan dalam setiap dasar,ikhtiar dan peruntukan yang bakal dipertimbangkan.

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi