Lubang benam: Laluan FT08 Gua Musang-Kota Bharu ditutup

WangOct 10, 2026 IDOPRESS

Foto RTM

GUA MUSANG,10 Oktober – Laluan Persekutuan FT08 di Jalan Gua Musang-Kota Bharu berhampiran Taman Rekreasi Kesedar,di sini,ditutup kepada semua kenderaan susulan kejadian lubang benam.

RINGKASAN BERITA AI

−

Kejadian kira-kira pukul 9.05 pagi itu berlaku selepas hujan,membabitkan kawasan pada kedalaman kira-kira lapan meter (m) dan sembilan meter panjang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang,Superintendan Sik Choon Foo berkata,berdasarkan laporan Jabatan Kerja Raya (JKR) Gua Musang dan Roadcare (M) Sdn. Bhd.,lokasi kejadian membabitkan jajaran projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pakej 3B dan 3C.

Sehubungan itu,pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif melalui FT2747,iaitu Jalan Pulai ke Bandar Baru Gua Musang.

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi