
Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,10 Oktober – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) komited memastikan setiap peruntukan dan inisiatif menerusi Belanjawan 2027 dilaksanakan secara berkesan,telus dan berimpak tinggi,selaras dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035.
RINGKASAN BERITA AI
−
Menurut KPT,peningkatan peruntukan itu mencerminkan komitmen berterusan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan MADANI terhadap pembangunan sektor pendidikan tinggi negara.
Malah,ia memperlihatkan usaha kerajaan untuk memperkasa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) sebagai pusat kecemerlangan ilmu,pembangunan bakat dan inovasi,di samping memperluas akses kepada pendidikan berkualiti serta menjamin kesejahteraan mahasiswa.
KPT turut menyifatkan Belanjawan 2027 sebagai pendekatan seimbang yang merangkumi pembangunan prasarana,kebajikan mahasiswa,sokongan kepada graduan,pemerkasaan penyelidikan dan pembangunan bakat masa hadapan.
Kementerian itu yakin peruntukan berkenaan mampu memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi global,sekali gus melahirkan generasi berilmu,berkemahiran dan berakhlak yang berupaya memacu kemajuan negara.