Houthi beri amaran keras jika AS sertai perang Yaman

WangOct 13, 2026 IDOPRESS

Foto Fail AFP

SANAA,13 Oktober – Kumpulan Houthi memberi amaran keras kepada Amerika Syarikat (AS) bahawa kuasa barat itu bakal berdepan tindak balas yang menyakitkan sekiranya campur tangan dalam krisis peperangan di Yaman.

RINGKASAN BERITA AI

−

Perang saudara di Yaman menyaksikan pakatan ketenteraan pimpinan Arab Saudi menyokong kerajaan menentang kumpulan Houthi yang ditaja Iran kembali bergolak sejak Julai lalu,sekali gus mencetuskan krisis tenaga global dan mengheret rantau Asia Barat ke episod pergolakan baharu.

Kumpulan Houthi bertindak melancarkan serangan ke atas fasiliti minyak,kapal tangki serta hab pengangkutan Arab Saudi,termasuk siri serangan berdarah di Lapangan Terbang Antarabangsa Riyadh.

Pada Isnin malam,letupan kuat sekali lagi kedengaran di ruang udara ibu negara Arab Saudi apabila pakatan tentera mengesahkan berjaya memintas peluru berpandu Houthi.

Pakatan itu turut memintas dua lagi peluru berpandu balistik di kawasan selatan berhampiran Khamis Mushait.

Susulan serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid pada Sabtu lalu yang mengorbankan 13 nyawa serta mencederakan ratusan yang lain,Presiden AS Donald Trump mengesahkan sedang mempertimbang untuk menyertai pakatan tentera Arab Saudi melancarkan serangan balas.

Ekoran situasi keselamatan yang semakin meruncing,penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid dilaporkan masih digantung,manakala beberapa syarikat penerbangan antarabangsa seperti Etihad Airways dan Gulf Air bertindak membatalkan semua laluan ke Riyadh sehingga minggu depan.

Kedutaan AS di Arab Saudi turut mengeluarkan arahan berwaspada kepada warganya,selain mengesahkan terdapat warganegara Amerika yang ditahan pihak berkuasa tempatan kerana mengambil gambar kejadian serangan berkenaan.

Ketua Hak Asasi PBB,Volker Turk menggesa kedua-dua belah pihak meredakan ketegangan bagi mengelakkan krisis kemanusiaan di Yaman menjadi semakin parah.-AFP

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi