PBB desak EU elak pemotongan bantuan antarabangsa dalam bajet akan datang

WangOct 14, 2026 IDOPRESS

Penduduk Gaza antara yang memerlukan bantuan,susulan berdepan krisis makanan serta bekalan air dan elektrik,akibat serangan bertahun-tahun tentera Israel./ AFP

BRUSSELS,14 Oktober – Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kepada Kesatuan Eropah (EU) supaya tidak melaksanakan pemotongan bantuan antarabangsa yang disifatkan sebagai tindakan “berpandangan pendek”,ketika Jerman mengetuai usaha mengurangkan saiz bajet bersama blok itu pada masa akan datang.

RINGKASAN BERITA AI

−

Bagaimanapun,cadangan itu masih belum memenuhi tuntutan sekumpulan negara yang dikenali sebagai negara “berhemat” (frugal),diketuai Jerman,yang mahukan pemotongan lebih besar ketika belanjawan negara masing-masing berdepan tekanan.

Bantuan luar negara kini dilihat berisiko mengalami pemotongan.

Ireland mencadangkan pengurangan sebanyak 17 peratus bagi peruntukan yang meliputi bantuan antarabangsa,sambil sebahagian besarnya mengekalkan peruntukan bagi sektor sensitif seperti pembiayaan kepada petani EU.

Pada masa sama,Dublin mencadangkan supaya 25 bilion euro diperuntukkan khusus bagi bantuan kemanusiaan.

Pegawai EU menegaskan jumlah yang sedang dipertimbangkan itu masih merupakan peningkatan berbanding bajet terakhir blok berkenaan yang dipersetujui pada 2020.

Namun,Beuze berkata peningkatan itu perlu mengambil kira pertambahan krisis yang tercetus sepanjang tempoh 10 tahun lalu.

Wakil UNHCR itu memberi amaran supaya EU tidak memotong bantuan kemanusiaan mahupun pembiayaan pembangunan yang lebih luas.

“Pemotongan bantuan kemanusiaan akan memberikan kesan segera dan ketara. Ini bermakna ibu bapa tidak lagi mampu menyediakan makanan untuk keluarga,manakala kanak-kanak mungkin tidak dapat bersekolah,” katanya.

Beliau turut memberi amaran bahawa keadaan itu berpotensi meningkatkan jumlah pelarian yang menuju ke Eropah.

Bagaimanapun,Beuze menegaskan usaha pembangunan juga perlu diberikan perhatian yang sama bagi mengelakkan kitaran kebergantungan terhadap bantuan berterusan.

Isu pembiayaan pusat EU menjadi semakin mendesak apabila beberapa negara anggota mengurangkan belanjawan masing-masing,manakala Amerika Syarikat turut mengurangkan peranannya dalam bantuan antarabangsa.

EU bersama 27 negara anggotanya merupakan penyedia bantuan antarabangsa terbesar di dunia.

“Menjadi penyedia terbesar bantuan kemanusiaan dan pembangunan membawa tanggungjawab,tetapi ia juga merupakan peluang untuk memperluas pengaruh melalui pendekatan yang positif,” kata Beuze.

Beliau berkata kegagalan menggunakan peranan kepimpinan itu bermakna EU akan terlepas peluang untuk membentuk masa depan manusia dan dunia.

Berbeza dengan bajet terdahulu,EU turut mencadangkan dana berasingan bernilai kira-kira 90 bilion euro bagi menyokong Ukraine yang dilanda perang.

Beuze menyifatkan Ukraine sebagai amat penting,namun menegaskan krisis lain termasuk di Gaza,Sudan,Afghanistan dan rantau Sahel turut memerlukan perhatian serta pembiayaan EU.

“Semua krisis itu,jika dilihat pada peta,secara geografinya mengelilingi Kesatuan Eropah,” katanya. – AFP

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi