Malaysia-Indonesia bincang kerjasama tangani krisis jerebu – Menteri Luar

WangOct 14, 2026 IDOPRESS

Menteri Luar,Datuk Seri Mohamad Hasan

PUTRAJAYA,14 Oktober – Malaysia dan Indonesia telah memulakan perbincangan rasmi bagi merangka kaedah kerjasama menangani krisis jerebu dan kebakaran hutan di Kalimantan serta Sumatera yang kini berlarutan hampir dua bulan,kata Menteri Luar,Datuk Seri Mohamad Hasan.

RINGKASAN BERITA AI

−

Mengulas mengenai bantuan pemadaman dari udara,Datuk Seri Mohamad menjelaskan penangguhan penghantaran pesawat dan helikopter pemadam api dari Malaysia bukan disebabkan oleh penolakan pihak Indonesia,sebaliknya berpunca daripada kekangan teknikal dan jarak penglihatan yang amat terhad di zon kebakaran.

Katanya,beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama rakan sejawatnya dari Indonesia,Arrmanatha Nasir bagi menyusuli kenyataan Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengenai persetujuan Presiden Prabowo Subianto yang membenarkan penghantaran aset bantuan Malaysia.

“Kita sudah bersedia untuk mengatur gerak tiga helikopter dan sebuah pesawat pengebom air (Bombardier). Namun pihak Indonesia memaklumkan keadaan asap di kawasan kebakaran amat tebal dan berbahaya (very poor visibility),menyebabkan operasi penerbangan tidak dapat dilaksanakan.

“Pihak Indonesia sendiri mempunyai puluhan helikopter dan pesawat sayap kaku (fixed-wing),tetapi mereka juga tidak boleh membuat penerbangan memadam api. Malah,pasukan bantuan dari Jepun yang sudah tiba di sana terpaksa berpatah balik atas faktor yang sama,” jelasnya.

Tambahnya,operasi pemadaman di Indonesia kini tertumpu sepenuhnya di darat dengan kekuatan lebih 60,000 anggota berikutan kebakaran membabitkan kawasan tanah gambut yang luas dan jauh di pedalaman,yang secara praktikalnya memerlukan hujan lebat berterusan selama beberapa hari untuk padam sepenuhnya.

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi