
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi / Foto BERNAMA
CYBERJAYA,7 September – Kerajaan tidak akan membelanjakan peruntukan melebihi jumlah yang telah diluluskan,sebaliknya mengoptimumkan sumber sedia ada bagi memastikan setiap perbelanjaan memberi manfaat maksimum kepada rakyat.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau berkata demikian selepas sesi pembukaan bengkel kerjasama strategik PKD KKDW hari ini di menara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di sini.
Menurut beliau,pendekatan tersebut bukan sahaja dapat mengurangkan pertindihan,malah membolehkan sumber kerajaan digunakan secara lebih optimum untuk memperluas manfaat kepada rakyat.
Beliau berkata,kejayaan sesuatu program tidak seharusnya dinilai berdasarkan jumlah aktiviti atau peruntukan yang dibelanjakan semata-mata,sebaliknya berdasarkan impak yang dihasilkan kepada rakyat.
Katanya,ukuran sebenar ialah sejauh mana program berkenaan mampu membantu lebih ramai anak muda mendapatkan pekerjaan,usahawan meningkatkan jualan dan keluarga menambah pendapatan.
Beliau berkata,kerajaan juga perlu mengelakkan penambahan lapisan pentadbiran sekiranya sesuatu proses boleh dipermudah menerusi penyelarasan antara agensi.
Dalam konteks kerjasama PKD dan NADI,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berkata,kedua-dua kementerian perlu menyelaraskan fungsi,berkongsi sumber serta memanfaatkan kemudahan yang telah tersedia.
Beliau turut menegaskan penyelarasan berkenaan perlu diterjemahkan kepada satu ekosistem komuniti yang lebih tersusun,tanpa menjejaskan perkhidmatan kepada rakyat sepanjang proses tersebut.
Justeru,pendekatan itu penting bagi memastikan setiap ringgit yang diperuntukkan kerajaan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin untuk meningkatkan peluang ekonomi dan kesejahteraan masyarakat,khususnya di kawasan luar bandar.